Sunday, August 30, 2009

chocolate brownie!!!

Brownie adalah sejenis kek coklat yang ringan dan mengandungi kacang walnut, lembab dibahagian tengah dan mudah disediakan. Oleh kerana ia mudah dan menggunakan bahan-bahan yang agak ringkas serta mempunyai rasa yang cukup enak, maka setiap suri rumah mampu menyediakannya untuk seisi keluarga dan juga dijadikan hadiah untuk majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan dan hari jadi. Seperti juga dengan jenis-jenis kek yang lain, bahan utama bagi brownie adalah telur. Telur dicampurkan dengan gula, esen vanilla dan dipukul sehingga kembang, iaitu tiga kali ganda dari kandungan asal tadi (sebelum dipukul).


Jangan sekali-kali mencampurkan garam apabila memukul telur dengan gula kerana ia akan melambatkan proses mengembang. Oleh itu sebaik-baiknya dalam proses membuat brownie atau kek, mentega yang bergaram jarang sekali digunakan. Garam biasanya dicampur dengan tepung dan dituangkan pada saat akhir proses pembikinan kek.


Begitu juga dengan gula, gunakan gula halus (gula kastor) kerana ia mudah hancur dan mempercepatkan proses berbuih (foaming proses) yang begitu penting dalam penyediaan kek. Proses berbuih adalah untuk memerangkap udara. Jika campuran telur, gula dan esen vanila tidak kembang, brownie tidak akan naik dan tidak gebu.Walaubagaimanapun, langkah yang paling penting dalam proses membuat kek adalah menentukan bekas yang digunakan untuk memukul telur dan gula, bersih dan benar-benar kering daripada bahan-bahan lain yang boleh menghalang campuran menjadi kembang.


Bahan yang menjadikan brownie gelap adalah coklat. Kepingan coklat masak (cooking chocolate) adalah jenis yang paling sesuai untuk penyediaan brownie. Cooking chocolate mempunyai warna yang gelap dan lembap serta rasanya tidak terlalu manis. Jenis coklat ini akan menghasilkan produk yang kelihatan gelap dan lembap (moist). Serbuk coklat juga boleh digunakan, tetapi ianya agak kering dan warnanya agak pudar. Ia menjadikan brownie lebih ringan, kurang lembab dan memberikan warna yang kurang menarik kepada brownie.


Kepingan coklat biasanya di hiris nipis-nipis dan dicampurkan dengan mentega tanpa garam dan dicairkan diatas api yang sederhana. Api yang kuat boleh memberikan rasa yang hangit kepada coklat. Sentiasa mengacau coklat semasa proses mencairkannya untuk mendapatkan campuran yang sebati. Proses mencairkan coklat perlu dilakukan terlebih dahulu daripada telur dan gula untuk mendapatkan campuran yang sejuk.


Campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan tadi dituangkan ke dalam adunan telur dan diikuti dengan walnut. Pada masa ini campuran tak perlu dikacau terlalu lama dan sebati. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan sehingga sebati, tidak terlalu lama cukup sekadar campuran bahan-bahan sekata.


Selain walnut anda juga boleh menggunakan jenis kekacang yang lain yang banyak terdapat dipasaran seperti badam cincang, pecan, gajus dan juga kacang tanah yang dibakar terlebih dahulu. Kacang hendaklah dicincang tetapi tidaklah terlalu kecil. Anda juga boleh mencampukan lebih daripada satu jenis kacang kedalam coklat borwnie. Rasanya akan lebih sedap dan enak. Gajus adalah jenis kacang yang paling enak walaupun harganya agak mahal sedikit.


Untuk membakar brownie, cuba gunakan loyang yang boleh dipisahkan bahagian bawahnya, kerana ia memudahkan proses memotong coklat brownie setelah dibakar. Alaskan loyang dengan kertas bergris yang tidak melekat. Bakar pada suhu yang telah ditetapkan dalam resepi. Kepanasan ketuhar yang sekata akan menberikan hasil yang memuaskan. Cara mudah untuk menentukan samada brownie telah masak adalah dengan melihat permukaan atasnya. Apabila masak permukaan atasnya agak kering, pucat tetapi bahagian tengahnya masih gelap dan lembap. Anda juga boleh memastikan samada ia telah masak dengan menyucuk bahagian tengah brownie.


Biarkan brownie sejuk sedikit sebelum menyapu krim coklat. Masukkan kedalam peti sejuk supaya ia benar-benar sejuk sebelum menghidangkannya. Ini akan memudahkan anda memotong coklat brownie supaya ia kelihatan lebih menarik. Potong kepada empat segi 2" X 2" dan hiaskan dengan kekacang pilihan anda diatas setiap potongan.

lemang oi lemang..macm mana nak masak lemang!!!

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.

Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

RESEPI LEMANG
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
Garam

Cara penyediaan:
Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

Friday, August 28, 2009

puasa oh puasa!!

^^..puasa oh puasa..ape maksud puasa..
hehe..dah masuk 8 hari dah aku puasa..
siot..best...hmwok wk2 cuti aku dah nak abis..
haha..malas betol nak kluar rumah wk2 puasa nie..penat..
betol x??
tapi time malam je segar bugar...tidoq dah la lewat..hahahhahaha
tetiba ja aku tingat nak 2lis dalm blog nie..
;)

Tuesday, August 18, 2009

kak aku dah graduate..hehe..



alhamdulliah..pada 15 hari bulan 0gos..kakak kedua aku dah graduate dlam bidang management di USM.......
;)
congratz sis hana...

Thursday, August 13, 2009

peringatan!!!",

jangan lupa amalkan doa menolak wabak dan menghindari penyakit.. ni bukan sebarang penyakit, tetapi kita dalam fasa perang biologi
Amerika terdesak utk menggiatkan pertumbuhan ekonomi depa...
pengeluaran vaksin secara besar2an dan monopoli vaksin ini menyumbang kpd business bertrillion..
kena fikir tu..:)

pemergian seoarng yang x boleh dicari ganti..

vokalis rabbani ustaz asri...Penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan pada sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira 10.30 pagi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor, meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39.,,sedih tapi redha....

ermm..test bulan ogos..^.~

pfew..test bulan ogos dah abis dah..hehe..tapi aku buat merapu tol.. x paham konsep soalan lagi..mungkin....kua32...muet aku dpt band 4 ja..hais..patut dpt lebih elok..soalan 2 senang ja..aish..rugi tol x buat elok2..seb bek test je...

Saturday, August 8, 2009

silent for a week..^^

aku nak berhenti blog untuk minggu nie..ade test next week..(^.^)
hehe...habis le..x study lagi...
sibuk betol minggu nie..dah la x p skolah 4 hari..
kk..blog nie terhenti untuk seketika..
assalamualaikum..pikir2 la sendiri aku tengah buat ape nanti..hehe..

siot..kenyang makan nasi kenduri...hehe..;)
hari nie hujan sepanjng hari..
then aku cuci motor aku yng comot..hais..comot tol!!

malam 2 pulak aku makan BBQ..jiran aku buat BBQ..pfuh..kenyang..x leh makan banyk..macm x mask je..sakit perut den..bagi syarat makan ja..hehehe...

Friday, August 7, 2009

sok hari aku nak g kenduri..
^^ yes..makan free...
lapor betol...ade perjumpaan kelab hsok ..malas nak p ah..
so aku decide x mau p..keke..
;) bagus betol idea aku 2..

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, iafrica.com/ ) Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source: bbc.co.uk/hi/english/health/newsid_489000/489385.htm ]

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]

Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison, wisc.edu/chancellor/yourworld/45.html ]

Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]

Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998]




hari ni aku g skolah..^^ siot..nak hujan,,aku terlupa angkat helmet la plak..habis ler..
nak buat macm mane terlupa amik helmet...
aku duty pengawas macm biasa hari nie..nasib baek wak2 rehat x de duty..
wak2 rehat aku mcm besa ar..duduk ngn member..hehe..^^
then aku ternampak junior aku nak balik kelas..hehe..
aku lari2 anak g tegur dia..",
dia batuk..sian dia..hehe..
-----------habis kotor motor aku

haha..comot..helmet pulak basah..

Wednesday, August 5, 2009

hari nie aku p bank..kluarkan duit,,ramai orng pakai mask..pfuh..saspen tol...macm2 cerita dah aku dengar...
aku x p skolah lagi hari ni..
hehe..siot..best tol x p skolah..tapi p skolah boleh belajar..rugi tol..
ape nak buat hari nie ha??then aku fikir masak2...aku kena start study..
bak kata orng putih..study smart work hard..betol x aku 2lis..pikir2 la sendiri..^^

",

betol ke yang aku buat hari nie..dah dua hari dah aku x g skolah..risau pulak dalam hati nie..macam mana pelajaran yg aku ketinggalan..
batuk aku x baik lagi..ada sikit2 lagi..
jumaat nie insyallah aku g skolah..
minggu depan ujian cermin diri..
titik permulaan aku untuk menempuh peperikasaan dalam hidup sudah bermula..
ya allah kuatkan la semangt aku..
^^
sembuhkanlah penyakit ku dan jauhilah aku dari ancaman penyakit yg berbahaya..
ameenn...

aku macam penguin di lautan antartik yang baru belajar menyelam..lulus ujian memandu..macam mimpi je..

Tuesday, August 4, 2009

Nilai diri manusia
Pada amalan di sisi Tuhan
Semakin banyak semakin tawadhuk
Darinya sebagai hamba

Berakhlak mulia
Disenangi ramai
Bersopan santun
Suruhan agama
Jadilah kita insan berbudaya
Dengan akhlak yang mulia

Ikutlah seperti resminya padi
Semakin berisi tunduk ke bumi
Semakin berilmu merendah diri
Itu sifat yang terpuji

Jangan seperti lalang yang tinggi
Mendongak langit tidak berisi
Membangga diri sifat yang keji
Ia tabiat dibenci


lagu epilok budi..
best sangat..:-)
setiap masa haruslah kamu mengitung dirimu apa yang kamu buat setiap hari..masa berlalu pantas dan seperti api yang merebak..fikirkan rakan2 sekalian..
2/8/2009 merupakan hari yang x boleh aku lupakan..aku lulus test jpj..hehe..gembira rasanya..macam mimpi.entah betol ke tidak..tai yang pasti aku dah lulus..^^ syukur alhamdulilah...terima kasih juga kepada ibu dan abah serta adik beradik sekalian..terima kerana mendoakan..



Indahnya Alam

Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid
Subhanallah....
hu.. u.. u....

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya bintang begemerlapan,
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya.. Allah...